Sebab Transit Aliran Deras Lembah Klang

Projek MRT ini ialah salah satu projek permulaan yang dicanangkan untuk Kawasan Utama Ekonomi Negara Lembah Klang dibawah Economic Transformation Program (Program Transformasi Ekonomi).[17] Sistem MRT baru ini dilihat sebagai satu penyelesaian untuk meningkatkan dan membesarkan liputan pengangkutan awam Kuala Lumpur yang mundur dan tidak mencukupi dan untuk membangunkan kawasan Lembah Klang setanding dengan sebuah bandar yang maju. Laluan-laluan baru ini dijangkakan akan meningkatkan pengunaan rangkaian transit berorentasikan rel daripada 15 km per satu juta orang pada 2010 ke 40 km per satu juta orang setelah disiapkan. Cadangan ini juga membayangkan peningkatan lima kali ganda dalam bilangan penumpang kereta api, sejajar dengan sasaran kerajaan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang sebanyak 40% pada tahun 2020 daripada 18% pada tahun 2009.[18][19]

Tiga laluan transit aliran deras massa yang lebih dikenali ketika ini melalui media adalah Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang, Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang merangkumi kawasan barat laut dan tenggara Lembah Klang dan Laluan MRT Lingkaran (MRT Circle Line), memusing sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang akan mengintegrasikan sistem transit aliran deras sedia ada di Kuala Lumpur dan akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang pada masa sekarang tidak memberikan khidmat rel. 90 perhentian baru telah dirancang dalam konsep “Roda dan Jari” ini, di mana 26 perhentian di pusat bandar akan ditempatkan di bawah tanah. Kapasiti penumpang dianggarkan akan mencecah 2 juta setiap hari.[20]

Kos projek awal yang akan dibiayai kerajaan telah dianggarkan oleh Gamuda-MMC pada RM36 bilion,[21] dan merupakan projek infrastruktur terbesar yang pernah dijalankan di Malaysia. Ramai penganalisis telah menganggarkan yang kos itu mungkin akan menjadi lebih tinggi kerana kerja-kerja pembinaan terowong yang luas diperlukan.[22][23][24][25] Walaupun projek adalah dialu-alukan oleh kebanyakan penganalisis, beberapa penganalisis dan pengulas telah menyuarakan kebimbangan mengenai keuntungan dan daya maju komersial dalam projek ini dan keraguan di pihak kerajaan untuk menjalankan projek dalam skala ini memandangkan banyak kelewatan dalam projek-projek kereta api pada masa dulu di Malaysia . Walau bagaimanapun, kebanyakan bersetuju bahawa projek ini akan menjana ekonomi sumbangan dan pulangan pelaburan yang besar pada masa akan datang.[26][27][28]

Rujukan

WikiPedia: Transit Aliran Deras Lembah Klang http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/polit... http://www.malaysianmirror.com/homedetail/6-nation... http://www.theedgeproperty.com/news-a-views/3529-k... http://www.theedgeproperty.com/news-a-views/3633-c... http://www.themalaysianinsider.com/business/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/artic... http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/artic...